HOME MY LOVE MY CAT MY RECIPE TRAVELOGUE TUTORIAL BUSINESS

Tuesday, March 10, 2020

PETUA TRADISIONAL DALAM MERAWAT KENCING MANIS

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,



Peria katak
Merawat kencing manis

Peria katak sering dijadikan bahan dalam masakan terutamanya masyarakat Melayu, adakala ianya dijadikan ubat dan herba untuk merawat pelbagai penyakit termasuklah diabetes. Buah ini mengandungi tiga zat aktif bersifat anti-diabetes termasuklah charatin telah disahkan mempunyai kesan merendahkan kadar glukos dalam darah, vicine dan sebatian insulin yang dikenali sebagai Polipeptida-P.


Peria juga mengandungi lektin yang menurunkan kemampuan glukos dalam darah yang bertindak balas dengan tisu utama dan menghilangkan selera makan individu. Lektin ini menjadi punca utama kepada perkembangan hipoglikemik. Salah satu cara yang boleh diamalkan dengan penggunaan peria katak dalam merawat diabetes ialah membuat jus peria katak bersama epal hijau.

Penyediaan jus ini bermanfaat kepada pesakit untuk menurunkan bacaan gula dalam darah. Ia bagi memastikan kadar gula dalam paras normal dan terkawal. Rasa pahit yang ada pada buah peria menjadi penawar terbaik kepada sebarang penyakit. Resepi untuk menghasilkan jus ini sungguh mudah dengan menyediakan sebiji peria katak, sebiji epal hijau dan 4 cawan air kosong.

Cara penyediaannya ialah anda hanya perlu potong halus peria dan buah epal dipotong lalu dibuang bijinya. Kisarkan kedua-dua bahan bersama air kosong sehingga hancur. Sebelum minum jus ini, tapis dahulu bagi membuang hampas buah-buah tersebut. Diingatkan jangan mencampurkan gula kerana hilang khasiat peria tersebut dan kadar gula tidak dapat dikawal dengan baik.

Selain dari mencampurkan dengan epal hijau, ada juga variasi resepi dimana mencampurkan peria katak bersama daun saderi, timun dan cili benggala hijau. Anda disarankan untuk mengamalkan jus ini setiap hari dan secara konsisten bagi mengawal kadar gula dalam darah dan merawat diabetes secara semula jadi.


Bersambung di next entri

Sumber: google


LOVE,

No comments:

Post a Comment

❤ RELATED POST ❤

✿ ALL RIGHTS RESERVED BY IERA AZIRA AZIZ ✿