Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Petua merawat kencing manis seterusnya adalah bermotifkan halia. Ia berupaya membantu pesakit diabetes dalam mengawal kadar glisemik, penghasilan insulin dan mengelakkan masalah katarak pada mata. Sejak berzaman, halia telah dipraktikkan dalam perubatan dan menjadi bahan utama masakan dalam kalangan masyarakat Asia.
Halia merupakan salah satu langkah dalam merawat pelbagai penyakit seperti masalah penghadaman dan menjadi bahan wangian dalam produk mandian dan kosmetik. Terdapat satu kajian telah membuktikan halia boleh mengawal kandungan gula dalam darah untuk tempoh masa panjang bagi penghidap diabetes.
Pengkaji dari University of Sydney, Australia telah menemui bahawa ekstrak dari Halia Buderim (minyak Halia Australia) yang diperkaya dengan gingerol menjadi bahan utama yang mampu meningkatkan kadar glukos dalam sel otot tanpa penggunaan insulin sekaligus mengawal paras gula menjadi normal.
Halia juga membantu dalam meningkatkan kepekaan insulin dan melindungi individu daripada penyakit diabetes. Satu kajian berkaitan dengan penyakit kencing manis tahap 2 membuktikan bahawa 2g serbuk halia diperlukan setiap hari dapat menurunkan paras gula dalam salur darah sebanyak 12%.
Ia juga dapat meningkatkan kadar gula dalam tempoh jangka masa panjanga seperti HbA1c (hemoglobin glikasi) sekaligus menyebabkan penurunan sebanyak 10% dalam tempoh 12 minggu. Ada juga kajian mendapati, halia amat berguna dalam menjadi sumber anti-diabetes dan boleh diamalkan setiap hari bagi mengelakkan penyakit ini berlaku.
Halia sememangnya mempunyai 1001 kebaikan untuk kesihatan, tetapi anda disarankan mengambil dalam kadar yang sederhana. Terdapat kajian daripada American Diabetes Association 2014 telah membuktikan bahawa halia dapat meningkatkan penyerapan gula dalam sel otot dan menurunkan kadar gula dalam salur darah.
Adalah diingatkan bahawa, anda dilarang mengambil ubat-ubatan diabetes bersama minuman teh halia atau anda akan berdepan dengan masalah ‘hypo’. Kandungan dalam halia juga berupaya mencairkan darah jika diambil dalam dos yang tinggi dan sangat berbahaya jika anda juga mengambil ubat cairkan darah (aspirin).
Sebaiknya, anda harus berjumpa dan mendapatkan nasihat doktor pakar atau ahli farmasi sekiranya anda berdepan dengan tanda-tanda berlaku pendarahan yang melampau seperti tanda lebam tanpa sebab, gusi berdarah, najis berdarah atau kawasan luka yang berlaku pendarahan tanpa henti.
LOVE,
No comments:
Post a Comment