HOME MY LOVE MY CAT MY RECIPE TRAVELOGUE TUTORIAL BUSINESS

Wednesday, December 5, 2012

JELAJAH HO CHI MINH CITY Part 4


Asslamualikum...
Sambungan dr episode yg lepas.....
Balik jer hotel mcm biasa rehat-rehat,tp hati ni tak berapa tenang sebab di luar hotel bunyi pin pon pin pon yg seakan-akan memanggil aku dan Ana utk turun...hahaha
Oleh kerana malam awal di sana ,jadi kami pn ambil keputusan turun awal memandangkan peniaga-peniaga di sekitar pasar Ben Tham buka awal 

Si Ana,tak habis-habis shopping



 
selipar ke2 yg di beli oleh Ana,gara2 kakinya masih sakit akibat di gigit Hantu Mekong

penat berjalan ,penat merayau tanpa arah tuju tetiba perut terasa lapar kembali , dan kata org kalau ke Vietnam wajib makan Vietnamese Noodle dan Paper Rice Popiah,so kami pun singgah ke Restoran Serai, yg terletak berhampiran Pasar Ben Tham,


Paper Rice Fresh Popiah

menu utama yg aku nak sgt2 makan kalau ke Vietnam...
akhirnya tercapai juga,lps ni xyah nak kunun2 dgn aku , sbb aku pun dh makan Paper rice ni :p

Vietnamese Beef Noodle

sedap ...
nak ckp rasa mcm mana aku pun tak tahu ...tp sememamgnya sedap

HARGA??
tak ada yg murah sepanjang aku makan di vietnam....

lps makan kami merayau lg

 sambil berjalan,kami terjumpa akak ni satu-satunya peniaga kuih muih,roti halal....
tapi tak beli sbb perut masih kenyang, kalau beli pun tak rugi sbb makcik yg senyum tu ckp boleh simpan smpai esk pagi....huhuhuhu menyesal tak beli sbb esknya cari dh tak jumpa akak ni...

 balik ke Hotel kami sekali lg meringankan mulut utk bertanya cara nak ke Chu Chi Tunnel,pekerja hotel yg uruskan semua,tolong booked dan sebagainya ...
kami hanya bayar 250,000VND utk 1/2day trip ke chu chi

boleh tido dgn lena sbb esk nak ke CHU CHI TUNNEL .
seawal 7pagi aku dh bersiap,turun bawah pekerja hotel tlg cr teksi dan bgth pemandu teksi kami nak ke tempat ni,dgn bayaran 22,000VND kami pun smpai

 di sini kami join dgn pelancong-pelancong lain

perjalanan mengambil masa lebih kurang 1jam30minit lebih kurang 65km jer,tapi disebabkan jalan disana 40-60km/j maka berjam-jam lah nak smpai
kami juga dibekalkan dgn air mineral dan wet tisu....

Penjelajahan aku di ChuChi Tunnel pun bermula.

 Bayaran masuk adalah 90,000VD untuk bukan warganegara. .


jom jalan

masuk dlm ni dan kami diterangkan sejarah ChuChi Tunnel

gmbr ni kurang jelas....
menunjukan 3 tingkat persembunyian Askar Vietnam

Tour Guide Group aku...serious aku tak berapa faham apa yg dia ckp,
sleng BI yg buat aku kena tgk muka & mulut dia br aku btl2 fhm...


kesan letupan bom Amerika

confirm aku xmuat ;p


jerangkap samar yg masih ada

lubang pernafasan



Tour Guide cerita askar vietnam bila time free2 akn duduk melepak dibuaian smbil dgr lagu & tulis surat utk family

 Kereta Kebal Tentera Amerika yg dibom

antara perangkap yg dibuat oleh askar Vietnam


Fish Trap

Perjalanan diteruskan lg...
kawasan menembak
pada yg nak menembak tu boleh lah beli peluru

Tin Minuman dibuat topi? Kreatif. 
Kat sini kita main tendang-tendang .. buang-buang. 
Kat Vietnam diaorang jadikan sumber rezeki.

 
Kawasan buat paper rice & wine

Paper Rice

tukang kasut,buat kasut dr tayar trak utk askar Vietnam

"BUNKER"
setelah aku jumpa word ni baru aku tau apa yg Tour Guide tu ckp...hahaha

aku tak masuk sbb takut...hihihi
yg keluar semua berpeluh & kepenatan sebab kena merangkak

teruskan perjalanan,kami di bwa mencuba makanan yg dimakan oleh tentera Vietnam pada masa itu

ubi kayu cicah kacang tanah goreng
*aku dan Ana tak makan & tak sentuh sikit pun, satu family dr Germany tu hairan jer tgk kami tak makan


Actually byk lagi gmbr2 yg aku ambil...tp aku share ni jer lah yer :)

Tamatlah penjelajahan aku di Chu Chi Tunnel...Back to HCM

 
Trade Mark di Ben Thanh Market


 
Bas berhenti di hadapan The Sinh Cafe

Aku & Ana berjalan kaki balik ke Hotel,lebih kurang 15-20minit jugalah baru sampai ke area hotel kami sebab meronda-ronda melihat keindahan, kesesakan di District 1
Aku singgah di Ben Thanh Market sebab nak tempah baju Tradisional Vietnam yg katanya boleh siap dalam masa 1hari

dah smpai Ben Thanh Market

misi mencari kedai yg sanggup jahit Tradisional Vietnam dgn harga yg berpatutan

Nilah kedainya,Aku tempah dgn akak ni 1pasang termasuk baju Ana 2pasang dgn harga USD100
lebih kurang RM100 sepasang termasuk kain dan tailoring
Lepas tempah baju dan shopping apa yg patut,kami singgah di Restoran Kampung Melayu yg juga berhampiran Ben Thanh Market.

set menu yg aku rasa murah sedikit
199,000 VND lebih kurang RM40 tidak termasuk air

Inilah set yg kami order

ayam panggang ni sedap...

kopi ni tak sesedap Champa Coffee

habis jer makan,keluar restoran ternmpk org jual Durian
kempunan nak makan durian Vietnam sbb masa pergi Mekong family yg join group kami tu melahap habis durian tanpa meninggalkan seulas pun buat kami.... *lahap sungguh

beli 2pack dgn harga 130,000VND

Dah beli durian balik makan dihotel , rehat sekejap dalam pukul 8.00malam(Vietnam) kami keluar berjalan-jalan dan melepak di tengah bandar sambil melihat gelagat manusia. dan balik ke hotel semula.....

Eh esk nak pergi mana?

Tungguuuuuuuuuuuuu


No comments:

Post a Comment

❤ RELATED POST ❤

✿ ALL RIGHTS RESERVED BY IERA AZIRA AZIZ ✿