HOME MY LOVE MY CAT MY RECIPE TRAVELOGUE TUTORIAL BUSINESS

Monday, December 17, 2012

KENAPA ISNIN??



Assalamualaikum,

Alah....dah Isnin,keluhan setiap orang bila tiba hari Isnin,kalau dalam fb wall tu macam-macam keluhan dan rungutan..tak suka hari Isnin....padahal dia tak bersalah pun....


Kenapa hari Isnin orang paling ramai tidak suka?....kenapa? 




yang bekerja,sanggup ambil MC semata-mata tak nak ke ofis dan yang ke sekolah...eh sekarang cuti sekolah...tunggulah minggu persekolan bermula nanti, hari isnin lah hari paling liat anak-anak nak bangun....hahahaha

KENAPA??? aku pun pelik...tak pasal-pasal org tak suka hari Isnin...Mungkin juga orang tak suka sebab hari Isnin ni hari permulaan segala kerja dan persekolan...makanya org tidak suka.....

Dan mengikut kajian yg aku pernah baca lebih dari 50% pekerja lewat masuk kerja pada hari Isnin. Dan mengikut kajian di England rata-rata tidak tersenyum pada pagi Isnin sampailah jam 11:16pagi...ish bahaya ni....
Tapi kenapa Hari Isnin dikaitkan dgn MONDAY BLUESS?
  Dari mana datangnya istilah ini?
Blues lah sangat smpai ada malas nak memulakan kerja dan siapkan tugasan dan sebagainya pada hari Isnin sedangkan fizikal dan mental masih belum puas bercuti pada hari Sabtu dan Ahad.
Betul tak?

Mungkin kita lupa bahawa setiap pekerjaan yang kita lakukan atas muka bumi Allah ni dikira sebagai ibadah. Buat kerja di ofis dan di rumah juga satu ibadah.
Bangun pergi sekolah untuk belajar pun satu ibadah.

So, tak perlulah nak bermalas-malas atau nak “Monday Blues” sangat pada hari Isnin.
Buat kerja dan tanggungjawab tu macam biasa lagi bagus daripada kita buang masa dan mengelat tidak masuk kerja pada hari Isnin. 

 So,mulai sekarang buang kan sikap benci korang pada hari Isnin dan tanam kan kasih sayang korang pada hari Isnin dengan perkejaan dan amalan serta perbuatan yang memberi manfaat dan keberkatan dalam hidup...amin
 


"Selamat Hari Isnin"


No comments:

Post a Comment

❤ RELATED POST ❤

✿ ALL RIGHTS RESERVED BY IERA AZIRA AZIZ ✿