HOME MY LOVE MY CAT MY RECIPE TRAVELOGUE TUTORIAL BUSINESS

Monday, October 29, 2012

ADAM DAN HAWA episode 5-8

Assalamualaikum....



Episode 5





Adam & Hawa menyaksikan CIkgu Zauyah mula menunjukkan iri hati kerana Ain dan Adam mula rapat di antara satu sama lain. Perkara tersebut menimbulkan perkara kurang senang antara Cikgu Zauyah yang mula memburukkan Ain dan Adam kepada Dee.
Ain pula tidak mahu hubungan intimnya bersama Adam disalah erti kerana tidak mahu jatuh cinta dengan Adam yang sememangnya diketahui seorang ‘playboy’. Jadi apakah kesudahan Adam & Hawa untuk episod kelima ini nanti?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Episode 6

Ain tekejut apabila melihat sesuatu di atas mejanya. Yang pasti benda di atas meja Ain membuatkan dia tersenyum riang. Adam pula semakin selesa dan tidak mahu mengaku bahawa dia yang meletakkan hadiah tersebut di atas meja Ain.
Sementara itu, Maria yang juga mama kepada Adam mula merasa tidak senang hati dengan tingkah laku Dee yang mahukan Adam meminangnya secepat mungkin. Perbuatannya itu membuatkan Maria semakin marah dan tidak selesa kerana berani memaksa Adam secepat mungkin mengikat pertalian yang sah antara mereka berdua.
Apakah yang akan dilakukan Adam untuk memberitahu perkara yang sebenarnya kepada Ain dan Dee? Mampukah Adam melakukan sesuatu untuk terus mengekalkan persahabatan nya yang semakin akrab dengan Ain?


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Episode 7

Kah Zah cuba mencungkil rahsia hati Ain terhadap Adam tetapi sedaya upaya berdolak dalih tentang isu cinta mereka berdua. Dia juga takut jikalau Kak Zah mula memandang serong padanya.
Sementara itu Sharina, sepupu kepada Ain masih tergila-gila kan Adam dan sering becerita tentang lelaki pujaannya itu. Perkara tersebut membuatkan Ain tidak mula merasakan seolah-olah itu adalah tanda peringatan supaya ‘jangan menganggu Adam’.
Adakah Ain akan meneruskan niatnya untuk mengenali hati budi Adam selain merapatkan hubungan persahabatan mereka?


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Episode 8

Ain mula mendapat idea dengan mengumpan Sharina untuk menggantikannya membantu Adam kerana Ain tahu Sharina pasti akan sanggup buat apa sahaja demi dapat bersama dengan Adam walaupun dia berada dalam keadaan yang sakit.
Lebih kecoh apabila isu Adam dan Ain yang membuat temu janji mula tersebar di Tadika Puncak Ilmu. Ini lebih menambahkan kemarahan CIkgu Zauyah tentang isu tersebut.
Apakah yang bakal terjadi nanti tentang selepas berita tersebut tersebar di tadika tempat Ain mengajar?

to be continue......

No comments:

Post a Comment

❤ RELATED POST ❤

✿ ALL RIGHTS RESERVED BY IERA AZIRA AZIZ ✿